Monday, November 10, 2008

Ndada ndada

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : “Apa sebenarnya masalah awak, Abu?”Lalu Abu menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”. Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, “Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6″, Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, “Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?”. Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki
Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku
Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir dengan “A”, ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa
Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)
Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman
Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu
Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah
Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan
Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung
Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah
Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay
Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and end in ‘K’ that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck
Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and ends in ‘K’ & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork
Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It’s longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname
Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata “Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah”.
--------------------------------------------------------------------------------------
Hehe.. kalau anda pun ada fikiran yang sama dengan Pengetua tu, maknanya anda telah terdedah terlalu banyak dengan MTV dan filem2 Hollywood, hehe..

Bukan apa, semalam aku tinguk filem The Gameplan (lakonan The Rock), ndada juga la kaitan yang direct dengan post di atas, tapi oleh sebab wayang tu mengisahkan tentang The Rock yang baru sedar dia ada anak perempuan umur 8 tahun, dan watak anak dia tu betul2 mencuit hatiku, aku pun teringat la dengan budak2 sekarang dan kepintaran luarbiasa yang durang ada, maklumlah, generasi MTV semua, hehe.. ndak buli main2 dengan budak2 zaman sekarang, macam anak buahku si icha, jangan main2 dengan dia, kadang2 mamanya pun kalah sudah tu kalau bercakap sama dia, macam2 yang ditaunya. Contohnya haritu, bertengkar dengan mamanya pasal outerspace, hehe, luu juga bila anak yang kecil boleh cerita pasal outerspace lebih detail dari parentnya, siap mengasi fakta2 lagi yg mamanya nda tau.. ndak dapat aku imagine nanti kalau aku ada anak sendiri, macamana la tu gaya nya?

Tapi kadang2 aku berangan la juga kalau ada anak, aku actually prefer sepasang boy and girl, and preferably first child tu perempuan la (ada reason, tapi nda boleh la aku kasi tau, pasal ini strategic planning aku, hehe).. memang aku rasa berubah banyak la kali perangaiku ni.. nda taula.. aku punya affection sama budak ni sampai tahap Maya cakap gini; "Sayang takut aku kalau kita ada anak nanti sayang nda peduli aku". Jangan risau bah sayang tetap permaisuriku.. Tapi fikir2 kan, ada juga logiknya perasaan risau tu, sebab kalau ikut, anak ni darah kita, isteri/suami ni orang lain yang disatukan, jadi memang lain tu perasaan sayang kita sama anak banding dengan pasangan kita. Anak tu la sebenarnya yang patut dijadikan keutamaan, dan pada masa yang sama penguat ikatan suami-isteri.. kan?.. hehe, banyak la pula aku merepek ni.. oklah sampai jumpa lagi lain kali.. Salam untuk semua.

2 comments:

Elle said...

Sekali tinguk kau yang ndak dipedulikan si Maya sebab dia lebihkan anak ... macam mana? Heheheheheh ...

Ajmaya said...

to Loly: Hehe, ya kan?.. ada juga possibility bgitu tu.. adedede.. tapi rasa2 nda juga tu.. kasi balance la family..

p/s: mo minta tips la dari kamu yg lebih experienced.. hehe